Habbatus Sauda BARAKA

Assalamualaikum
Hari ini saya ingin berkongsi sejenis makanan kesihatan yang terbaik sepanjang zaman: Habbatu Sauda.
Pernah dengar? Mesti ada dah tau kan. Tapi saya masih nak share  apa itu Habbatus Sauda dan kelebihannya.

Apa itu Habbatus Sauda ?
Habbatus Sauda atau dikenali juga sebagai jintan hitam datang dari sejenis tumbuhan di Asia Tenggara yang tak berapa tinggi. Habbatus Sauda terdapat pada bunganya yang berwarna putih dan biru. Di negara Arab terdapat banyak pokok Habbatus Sauda. Ramai ahli saintis sudah mengkaji kelebihan dan khasiat habbatus sauda ini dalam dunia perubatan.

Kelebihan dalamKhasiat Habbatus Sauda

Terdapat lebih daripada 67 jenis bahan aktif dalam Habbatus Sauda. Disebabkan kelebihan yang terlalu banyak ini lah maka Rasulullah saw telah menyarankan "Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati". (Riwayat Bukhari). Hadis ini merupakan hadis sahih. Apabila Rasulullah saw sendiri sudah bersabda kelebihan Habbatus Sauda dan menyarankan kita memakannya, maka anda semua mesti mula merasai dan mengambil sebiji habbatus sauda setiap hari. Bukan sahaja dapat merawat pelbagai penyakit malah anda juga sebenarnya sedang mengamalkan sunnah Rasulullah saw! Seronok tak? Anda dapat 2 kelebihan ditambah dengan khasiatnya yang lebih dari 67 jenis. Antara khasiat Habbatus Sauda adalah:
  • Meningkatkan sistem pertahanan (imuniti) badan
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memusnahkan tumor dan mengurangkan risiko pertumbuhan tumor
  • Mencegah dan merawat kanser payudara
  • Merawat penyakit asma
  • Merawat kanser pankreas
  • Anti radang dan rheumatism
  • Menambah kandungan susu ibu
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah
Itu merupakan sebahagian khasiat Habbatus Sauda. Malah terdapat banyak lagi khasiat yang telah dibuktikan oleh kajian-kajian saintifik. Pengambilan habbatus sauda secara berterusan akan membunuh kuman-kuman di dalam badan anda secara perlahah-lahan. Ia juga akan membuang toksik dan bahan-bahan kimia dari tubuh anda dengan kadar yang lebih banyak dari kebiasaan. Oleh itu anda digalakkan untuk bersenam sehingga mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan beracun tersebut. Diingatkan juga anda mesti minum air mineral dengan banyak, minimum 2L sehari.

Dapatkan Satu Hari Ini

Harga RM 13 sekotak
Jadi apa tunggu lagi. Dapatkan sekotak Habbatus Sauda hari ini untuk kesihatan anda dan gandakan pahala dengan mengamalkan sunnah Rasulullah saw.

0 comments: